PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 6 February 2015

Kenaikan harga barang bukan soal kaum



KEPONG: Kenaikan harga barangan di negara ini membabitkan pelbagai faktor dan tidak terhad kepada kejatuhan harga minyak dunia.
Justeru, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barangan tidak timbul kerana terdapat juga peniaga kaum lain yang turut berbuat demikian.
“Ini bukan soal peniaga Melayu, Cina atau India. Ini soal barangan, harga barangan naik juga membabitkan peniaga kaum lain.
“Tindakan memboikot peniaga Cina itu adalah pendekatan negatif. Barangkali dia (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tak terfikir apa dia kata. Kalau dia fikir dia tidak cakap, ini bukan soal kaum tapi memang kebanyakan peniaga kaum Cina, kalau saya komen orang kata saya rasis,” katanya selepas majlis Pemasangan Plak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini sebentar tadi.
-Berita harian

No comments:

Post a Comment