PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 5 February 2015

Lima NGO Kecam Individu Fitnah Ustaz Kazim



Lima badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi pada Selasa berhubung tindakan seorang individu yang memfitnah pendakwah terkenal tanah air, Datuk Kazim Elias Al Hafiz kononnya ceramah beliau berbaur hasutan.
Lima NGO itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa Malaysia cawangan Perak, Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (MAAP), Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan Gabungan Rakyat Junjung Perlembagaan Malaysia (GARAP).
Menurut Ketua Penerangan MAAP, Datuk Halim Ramli yang mengetuai kelima-lima NGO itu, tindakan individu bernama Pui Tiong Lam dianggap mempunyai agenda jahat untuk merendah-rendahkan martabat orang Islam dan ulama.
"Sebenarnya Ustaz Kazim memperkatakan tentang pihak Polis Di Raja Malaysia, pasukan keselamatan, tentera dan bomba, bagaimana pengorbanan angkatan-angkatan keselamatan kita terhadap orang-orang seluruh negara termasuk orang Cina.
"Jadi kenapakah diputarbelitkan kenyataan yang sebenarnya dan tolonglah kalau boleh dapatkan CD tengok sepenuhnya jangan ambil isu-isu yang perkauman sahaja ini akan menimbulkan rasa tidak puashati mana-mana kaum," katanya.
Sementara itu menurut Exco Perkasa Perak, Mubin Salleh, pihaknya bersama NGO lain mempertahankan kenyataan yang dibuat Ustaz Kazim dan menganggap tindakan individu terbabit mempunyai agenda jahat untuk menghina ulama dan umat Islam.
"Perkasa Perak menganggap kenyataan Pui Tiong Lam sebagai menfitnah Ustaz Kazim dan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment