PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 4 February 2015

BN Perak Atur Strategi Hadapi Pilihan Raya Umum



IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak sedang giat mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung hari ini.
“Kita mengadakan perbincangan bagi merangka bentuk kerja berkaitan pengukuhan program dan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Ia melibatkan kehadiran barisan pimpinan utama komponen-komponen BN negeri Perak bersama pengerusi sayap-sayap masing-masing
“Sesi perbincangan gerak kerja ini menjurus kepada semakan mengenai perancangan yang perlu BN lakukan untuk memperkukuhkan kedudukan, memperbaiki kelemahan dan kekurangan serta merancang masa depan.
“Kita juga melihat kepada perkara-perkara yang memerlukan kita bekerjasama dan mendengar sekiranya timbul sebarang permasalahan yang perlu diselesaikan,” ujar beliau lagi.
Beliau yang juga merangkap Menteri Besar Perak berkata demikian pada media selepas mempengerusikan mesyuarat khas BN negeri di Bangunan UMNO Perak di sini.
PERAK TODAY 2 (5)
Katanya, mesyuarat itu juga diharap dapat memberi rangsangan kepada BN untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat di negeri itu.
“Kita telah mendengar pembentangan yang dibuat oleh setiap parti komponen tentang usaha mereka untuk mengemaskini perancangan di peringkat parti dan juga kawasan,” katanya lagi.
Mengulas sama ada kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan MIC menjejaskan perancangan yang dibuat oleh BN Perak, beliau berkata, pihaknya akan melihat isu itu secara menyeluruh.
PERAK TODAY 3 (4)
“Kita lebih menekankan kepada aspek perancangan di peringkat negeri, bukan sahaja melibatkan MIC tetapi juga semua parti kerana apabila kita merancang untuk negeri Perak, ia melibatkan kepentingan bersama.
“Setiap parti mempunyai kelebihan, kekurangan dan peluang yang perlu digarap.
“Kelemahan itu harus diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya kerana permasalahan ini tidak tertumpu kepada MIC semata-mata.
“Kita juga perlu melihat dari sudut demografi politiknya, perkhidmatan dan juga bagaimana kami perlu memperbaiki dan menambah perkhidmatan yang sedia ada kerana kita tidak boleh berdiri pada kedudukan yang sama.
“Kita perlu merancang dan merencana dengan lebih baik bagi mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang,” jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment