PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 25 February 2015

Tidak Semua Bukan Islam Bantah Hudud Seperti Dakwa DAP



PAS ingin mengingatkan kepada rakan Pakatan Rakyatnya (PR) untuk menerima pelan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ekoran ianya tidak akan dipisahkan dalam perjuangan PAS sebagai parti Islam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ugutan pemimpin DAP Gobind Singh Deo akan 'memutuskan' hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya hudud dilaksanakan perlu ditimbal semula.

"Sebagaimana yang diketahui hudud adalah sebahagian daripada agenda perjuangan Islam Pas yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

"Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya menerusi blog beliau.


Beliau percaya, tidak semua masyarakat bukan Islam menentang pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang dicanangkan sesetengah pihak.

Tambahnya, DAP dan golongan bukan Islam khususnya tidak perlu takut dengan pelaksanaan hudud ekoran hukum tersebut hanya berkuatkuasa kepada masyarakat Islam sahaja.

"Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan kerana undang-undang ini hanya untuk penganut Islam sahaja malah mereka dapat melihat kebaikan pada undang-undang ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment