PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 25 March 2015

Johari Abdul Puas Hati : Anwar Diberi Layanan Istimewa di Penjara



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pihak penjara telah menyediakan katil dan tilam khas yang sesuai serta tandas duduk untuk Anwar setelah dimaklumkan menghidap penyakit tulang belakang yang dihidapinya selama ini.

"Selain itu, Anwar juga mendapat rawatan pakar daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya.

"Pengarah penjara juga bersetuju untuk memberikan Anwar bahan bacaan yang telah disahkan tidak terlarang selepas disemak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di penjara Sungai Buloh di sini hari ini,

Turut hadir termasuk Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid dan Ahli Parlimen Sepang, Hanifah Maidin.

Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Johari turut berpuas hati dengan penjelasan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh berhubung jadual dan rutin Ketua Umum PKR itu sepanjang tempoh menjalani hukuman tersebut.

"Kami diberi penerangan semua aktiviti beliau dalam penjara.

"Ahli Parlimen tidak diberikan akses melawat kerana peruntukkan undang-undang negara, yang dibenarkan adalah ahli keluarga, peguam dan Menteri Besar Selangor kerana Datuk Seri masih penasihat ekonomi negeri," katanya.

No comments:

Post a Comment