PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 22 March 2015

Bekas Tahanan ISA Sertai Militan - Zahid



 Seramai enam orang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disahkan menyertai aktiviti militan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Menurut beliau, daripada jumlah itu lima orang menyertai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan seorang lagi bersama Jemaah Islamiah (JI).
“Jika dulu terdapat desakan yang kuat supaya ISA dihapuskan, dan hasil kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai enam orang tahanan ISA telah menyertai aktiviti militan; lima orang menyertai KMM dan seorang Jemaah Islamiah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh di Dewan Rakyat hari ini.
Susulan daripada itu, Zahid meminta sokongan seluruh Ahli Dewan Rakyat untuk menyokong Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (PoTA) yang baru dibentangkan dan dibaca kali pertama semalam.
Dr Makin di dalam soalannya meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyatakan keberkesanan tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani ancaman kumpulan militan seperti IS di negara ini.
Menurut Zahid, setakat 31 Mac seramai 75 orang telah ditahan kerana didapati mempunyai elemen militan Islamic States (IS) yang mana 24 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
“25 orang telah dibebaskan dan tujuh orang sedang dalam siasatan polis serta 13 orang warganegara asing telah diusir keluar dari Malaysia.
“13 yang diusir itu telah disiasat, dan oleh kerana terdapat perjanjian ekstradisi, mereka diusir keluar tanpa dikenakan tindakan undang-undang,” jelas beliau bagi menjawab pertikaian Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Dalam perkembangan yang sama, Zahid menyenaraikan beberapa faktor keterlibatan rakyat Malaysia menyertai IS.
Antaranya ialah faktor ketaksuban dan kepercayaan terhadap sesuatu organisasi militan itu dan bukanlah atas dasar ideologi yang disebarkan untuk menyertai IS.
“Keduanya, permasalahan keluarga, kebanyakan yang terlibat mempunyai permasalahan dengan keluarga dan ada juga yang mengalami kesempitan kewangan, walau itu bukan pendorong utama tapi itu adalah salah satu daripada faktor mereka menyertai perjuangan IS,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh itu lagi.

No comments:

Post a Comment