PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 13 October 2014

Pengumuman #Bajet2015 Hambar



KUALA LUMPUR ­ - Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat hambar dan tidak mengemukakan perkara baharu, ujar segelintir penonton yang menonton secara langsung pembentangan tersebut.

Menurut Abd. Razak Bin Osman, 60, beliau berkata semua perkara yang terkandung di dalam peruntukan Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hanya diulang semula, sama seperti pembentangan bajet yang lepas.

"Bajet 2015 agak hambar dan membuang masa, apa yang beliau cakap pada tahun lepas terus diulang pada tahun ini.

"Jika mahu menaikkan harga barang keperluan asas, harga petrol dan diesel, beliau sepatutnya perlu memikirkan dan merangka terasnya terdahulu," katanya kepada Rakyat News dalam satu temu bual, di sini semalam.

Jelas Abd. Razak, Perdana Menteri juga perlu mendapatkan kepercayaan rakyat untuk kembali bersetuju denga setiap dasar yang dibuat oleh kerajaan.

"PM perlu fokus untuk mencari kepercayaan rakyat, mencari identiti rakyat, kemasyuran rakyat dan kebanggaan rakyat, itu teras yang penting. Sekarang hanya cakap kosong saja.

"Sepatutnya dia perlu memainkan isu yang penting bagi meyakinkan rakyat kerana tahun ini adalah Rancangan Malaysia Ke­10 yang terakhir, jadi mercu kejayaan itu merupakan suatu perkara yang perlu dipertontonkan kepada rakyat.

Abd. Razak menegaskan, bajet yang dibentangkan itu seolah­olah tiada kupasan baru, dan beliau berpendapat, jika benar kerajaan ingin mentadbir negara, maka mereka perlu mementingkan kebajikan rakyat lebih dari perkara­perkara lain.

No comments:

Post a Comment