PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 10 October 2014

Bajet 2015 : OKU Mohon Pengecualian Pelaksanaan GST



KUALA LUMPUR - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini berharap agar kerajaan dapat membuat suatu pengecualian terhadap golongan itu dalam perancangan untuk melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula April tahun hadapan.

Menurut seorang OKU, Husin Muhammad, 42, beliau meminta agar pengecualian GST terhadap golongan istimewa ini mendapat perkenan pihak kerajaan dan menganggapnya  sebagai satu bentuk kebajikan dari pihak kerajaan.

"Bagi saya GST untuk OKU biarlah dikecualikan ataupun dikenakan separuh harga untuk membeli barang-barang keperluan seperti ditempat-tempat khas yang disediakan oleh kerajaan dan juga ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Bagi saya itu adalah satu kebajikan sebab OKU jarang berkunjung ke tempat-tempat seperti pusat membeli-belah yang sememangnya mengenakan GST," katanya kepada Rakyat News dalam satu tinjauan yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
alt
Tambah Husin, sekiranya perkara tersebut enggan direalisasikan oleh pihak kerajaan, beliau memohon agar pihak kerajaan mencari alternatif lain bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ini seperti memperkenalkan kemudahan kad separuh harga buat mereka yang diiktiraf sebagai OKU sebenar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurutnya lagi, antara golongan  yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah sebahagian besar pekerja yang datang dari golongan bawahan dan mereka yang mempunyai isi rumah yang ramai.

"Masalah GST akan dirasai oleh orang ramai,lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai ramai anak.

"Kita juga tidak tahu nilai GST sebenaryang akan dikenakan. Jadi biarlah ia bersifat ala kadar dan tidak terlalu tinggi kerana bimbang harga barang akan melonjak naik atas alasan GST yang tidak relevan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment