PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 9 October 2014

Kes Gaduh Punca Letupan Bom di Bukit Bintang



KUALA LUMPUR - Pihak polis mendakwa insiden letupan bom di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang di sini awal pagi tadi berpunca daripada pergaduhan kumpulan gengster.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya sedang menyiasat dengan lebih terperinci termasuk penggunaan bom tangan sehingga menyebabkan 14 orang tercedera.

Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.

"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.

"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.

"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.

Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.

No comments:

Post a Comment