PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 15 October 2014

Alvin Tan 'Berjanggut' Tunggu IGP


 Blogger seks Alvin Tan sekali lagi mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menangkap beliau ekoran dakwaan melibatkan Akta Hasutan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Alvin menerusi akaun Facebook beliau berkata, beliau sudah letih menunggu Khalid untuk menahan beliau yang kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Masih menunggu IGP untuk datang dan menahan saya di Hollywood, Los Angeles..

"IGP cakap besar je.. Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putoh saya tunggu," katanya.
alt

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee sebelum ini bertindak biadap dengan memuatnaik gambar untuk memalukan pemimpin negara di laman Facebook miliknya.

Khalid sementara itu menegaskan akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menahan dan membawa pulang Alvin bagi tindakan lanjut.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," kata Khalid.
alt

No comments:

Post a Comment