PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 13 March 2014

Mei Fun Wakil Rakyat 24 jam



KAJANG 14 Mac - Calob Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduk Chew Mei Fun mahu rakyat berkongsi masalah kepadanya tidak kira waktu ekoran beliau akan berkhidmat 24 jam sehari setiap hari.

Menurutnya, itu adalah janjinya kepada penduduk Kajang demi memberi perkhidmatan terbaik kerana wakil rakyat perlulah senang dihubungi pada bila-bila masa.

"Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , kerja kita tidak hanya tertumpu kepada perdebatan polisi pada sidang DUN.

"Seorang ADUN yang baik perlu sentiasa turun padang dan bercampur bersama rakyat untuk mengetahui masalah dalam kehidupan seharian mereka dan menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada ceramah di Taman Kota Cheras, semalam.

Katanya, beliau akan sekurang-kurangnya membuka pejabat ADUN dua hari seminggu bagi membuka ruang kepada masyarakat Kajang untuk bertemu dengannya secara langsung untuk mengemukakan sebarang permasalahan.

"Saya berjanji untuk menubuhkan pusat  khidmat dalam masa dua minggu selepas pilihan raya sekiranya saya menang.

"Jadi undilah saya pada 23 Mac supaya saya boleh menyampaikan suara anda ke pringkat negeri," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment