PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 28 March 2014

Malaysia Tetap Teruskan Pencarian MH370 - Hishammuddin


KUALA LUMPUR 28 Mac - Tiada halangan mahupun kekangan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sekalipun jika ada beberapa negara lain mahu menarik diri.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara-negara yang menarik diri dalam misi pencarian tersebut adalah kerana tiada kelengkapan yang mencukupi.
 
"Bukan kerana mereka tidak mahu teruskan operasi tetapi lokasi di selatan koridor itu bukan semua negara ada kelengkapan lengkap. Tidak nampak halangan atau kekangan, dengan sokongan berterusan daripada semua pihak kepada pasukan ini tidak putus asa dan akan meneruskan setakat yang mampu," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment