PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 6 March 2014

Belia Perlu Berilmu, Tidak Mudah Dipergunakan


KUALA LUMPUR - Golongan belia di negara ini dinasihatkan untuk tidak terlalu taksub kepada sesorang sehingga mampu dipesong dan diperkotak-katikkan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agar tidak mudah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.
"Kepada belia anda perlu berfikiran terbuka, perlu menilai sesuatu perkara itu, jangan pakai ikut sahaja.
"Kerana bila kita berfikiran terbuka, kita tidak mudah terpengaruh, sekaligus dapat mengelak kita daripada mengikut seseorang itu secara membuta-tuli.
"Dan sekaligus kita dapat mengelak diri daripada diperguna orang lain," katanya ketika Persidangan Kepimpinan Belia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi semalam.

No comments:

Post a Comment