PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 27 March 2014

Malaysia - Beijing Bekerjasama Baik Salurkan Maklumat MH370


KUALA LUMPUR - Malaysia dan Beijing bekerjasama dengan baik dalam menyalurkan maklumat mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, segala maklumat yang diperolehi oleh Malaysia akan dikongsikan dengan Beijing begitu juga sebaliknya.
 
"Selain itu, pihak kami juga sentiasa berusaha untuk mendekati ahli keluarga anak kapal dan penumpang yang berada di Beijing.
 
"Usaha pasukan (di Beijing) akan berterusan untuk mendekati ahli keluarga mereka di sana kerana sehingga kini kita masih belum menjumpai objek yang boleh dikaitkan dengan lokasi sebenar MH370," katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan ahli keluarga penumpang China di luar negara menuntut agar China membuat inkuiri mengenai tragedi pesawat MH370 pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
 
Hari ini, AFP melaporkan, Satu dokumen yang dikirimkan ke Beijing oleh wakil khas China di Kuala Lumpur mahu agar kerajaan China turut mempunyai 'pejabat penyiasatan'. 
 
Surat itu dikemukakan jawatankuasa yang dibentuk ahli keluarga mewakili 153 penumpang warga China yang mulakan perbincangan dengan peguam bagi menuntut ganti rugi ke atas (MAS).

No comments:

Post a Comment