PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 23 December 2013

Pemuda UMNO Bagan Datoh Mahu Gunakan Pendekatan Tertentu Dekati Belia


"Kita mahu ahli Umno segi berkualiti bukan ahli Umno dari segi kuantiti"
Pemuda UMNO Bagan Datoh menganggap pergerakan itu perlu menggunakan pendekatan yang sesuai untuk mendekati golongan belia di kawasan berkenaan.
Ketuanya, Dr Nik Mohammad Azli berkata untuk meramaikan ahli pemuda dikawasan berkenaan sebenarnya bergantung kepada pendekatan yang bakal digunakan.
Katanya, Ketua serta naib dan exco-exco Pemuda sama ada di cawangan mahupun bahagian perlu memainkan peranan penting.

"Contohnya, ada ramai mat-mat motor tetapi macam mana kita nak dekati mat motor.
"Kita kena fokus dari ketua mereka dimana kita kena ambil tahu, apa yang mereka nak, apa yang mereka mahu untuk bangunkan diri mereka.

"Kita boleh fokus kepada pelbagai aspek dari segi kebajikan, kita bantu mak ayah mereka dan kalau berlaku kematian, pemuda umno beri bantuan secepat mungkin," katanya dalam satu temubual di Bagan Datoh.
Dalam pada itu katanya, beliau turut akan memberi fokus kepada beberapa aspek iaitu antaranya kepada ekonomi dan usaha untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Katanya, dari segi ekonomi, Pemuda Bagan Datoh telah menubuhkan satu biro khusus yang mana ia diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh, Aziz Mokhtar.

"Dengan menubuhkan Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Muda ia merangkum kepada beberapa aspek yang melibatkan dari segi pertanian, perladangan, IKS serta apa sahaja fokus utama ekonomi pemuda disini.
"Jadi dengan itu saya serahkan biro ini kepada naib saya kerana beliau seorang yang mempunyai latar belakang tentang perniagaan yang sangat bagus.

"Bagi saya soal ekonomi disini memainkan peranan penting kerana kebanyakkan pemuda dikalangan nelayan, bekerja dengan tokey-tokey cina dan ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan dan ada juga yang berniaga barang-barang pertanian dan melibatkan diri dengan perniagaan runcit dan kontraktor.

"Jadi disini fokus kita adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk anak-anak pemuda kita ini, contoh kalau nelayan, kita cuba dapatkan lesen dan kalau berkenaan dengan runcit, kita cuba dapatkan TEKUN ataupun dari MARA," katanya lagi

No comments:

Post a Comment