PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 23 December 2013

Fokus Kepada Pembangunan Ekonomi Bukan Perpaduan Semata Mata


Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, Aziz Mokhtar menganggap pergerakkan itu tidak akan menggunakan elemen perpaduan semata-mata untuk berjuang dalam parti.
Katanya, jika Pemuda Bagan Datoh bergantung kepada perpaduan sahaja maka adalah sukar untuk ahli-ahli terus membangun dan bekerja demi kelangsungan parti.

"Jika kita hanya bergantung kepada perpaduan sahaja dan tiada kewangan, tiada team work dan kita berpolitik di tepi jalan, bagi saya itu tiada kesudahan.
"Jadi adalah lebih baik kita turut memberi fokus kepada aspek ekonomi dan seimbangkan ia dengan perpaduan yang kita ada.

"Atas sebab itu kita wujudkan Biro Ekonomi dan Usahawan Muda dimana melalui biro ini ekonomi golongan belia dapat dibangunkan," katanya dalam satu temubual di Bagan Datoh.
Menurut beliau lagi, jawatankuasa biro berkenaan akan memasuki setiap cawangan dan akan mengenal pasti apakah masalah pemuda dari segi ekonomi.

Hasil daripada usaha itu katanya, pemuda Umno akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
"Kita akan cuba setiap cawangan akan bergabung untuk membina kekuatan ekonomi sendiri.
"Dan bagi saya ekonomi ini saya terangkan kepada pemuda ia adalah elemen yang sangat penting kepada mereka.

"Ini kerana jika ekonomi kita tidak kukuh maka adalah sukar untuk kita melaksanakan tugas sama ada untuk parti mahupun keluarga.

"Justeru saya harap, golongan belia dapat libatkan diri dalam biro ini," katanya lagi.
kita tengok bangsa-bangsa lain, cina dan india macam mana mereka menjadikan ekonomi sebagai satu pendapatan yang besar... kekuatan ekonomi boleh membawa satu perubahan kepada bangsa kita

No comments:

Post a Comment