PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 19 August 2015

SPRM : Siasatan RM2.6 Bilion Akaun Najib Masih Berjalan



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata siasatan terhadap dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd masih berjalan.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu menafikan bahawa pihaknya termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammed pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan itu sudah ditutup.

"SPRM menafikan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim atau SPRM sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion sudah ditutup.

"Sebagaimana pernah disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 dan 5 Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihak penderma yang berasal dari Asia Barat dan bukannya dan 1MDB.

"Sehubungan itu, SPRM menekankan, siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan," katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, SPRM berharap supaya tiada mana-mana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan membina persepsi negatif terhadap agensi itu.

No comments:

Post a Comment