PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 25 August 2015

GST Bantu Negara Ketika Harga Minyak Jatuh - Najib



Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membantu kewangan negara ketika Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mujur kita ada GST, kalau tak ada GST, memanglah tertekan kewangan kita. Tertekan sebab bila harga minyak merudum, bermakna dividen Petronas berkurangan, royalti berkurangan. Daripada mana kita nak tampung banyak belanja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, hari ini.

Najib berkata, pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang kepada prinsip 'daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat'.

"Saya telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST ini kita akan paparkan dalam bajet akan datang ke arah mana kita belanjakan duit tambahan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment