PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 11 March 2016

Tun M Tidak Hayati Perjuangan Parti



SELAMA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menghayati perjuangan parti apabila duduk sebaris dengan barisan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ujarnya, tindakan Tun Mahathir untuk keluar dari UMNO, juga mencerminkan bahawa beliau langsung tidak menghayati perjuangan parti yang disertainya sejak sekian lama.
“Maka saya minta rakyat sedar, jika dia buat sebegitu rupa mesti ada sesuatu dilakukan atas kepentingan beliau sendiri atau kepentingan keluarga bukan atas kepentingan rakyat atau parti,” katanya.
Beliau turut mendakwa Dr Mahathir seolah melakukan tindakan itu apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz di gugurkan dari menggalas jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
“Melayu mudah lupa, saya rasa dia (Mahathir) juga mudah lupa,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG di Sekolah Sungai Dendang, Kubu Gajah di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut memberi saranan supaya tindakan tegas perlu diambil ke atas bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana turut serta bersama Mahathir menggunakan platform barisan pembangkang.
“Ahli Majlis Tertinggi patut mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang boleh duduk sebaris dengan pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin negara,” katanya.
Jelasnya lagi, jika seseorang yang mempunyai pendirian tegas untuk menentukan bahawa apa sahaja perkara yang dingini perlu menyalurkannya kepada pemimpin tertinggi UMNO pada saluran yang betul.
“Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden, dia juga pernah juga menganggotai kabinet dan beliau menyalurkan apa sahaja yang dia mahu selama ini mengikut saluran yang terbaik.
“Tapi apa yang dilakukan hari ini bersama pihak pembangkang maka bermakna keputusan adalah semata seperti nak menjatuhkan bukan hanya pemimpin UMNO tetapi parti keseluruhannya,” katanya.
Tambahnya lagi Muhyiddin perlu bertanggungjawab sekiranya pihak MT akan mengambil tindakan terhadap beliau.
“Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menggantung tugas beliau  kerana dilihat telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membantu presiden.
“Sepatutnya timbalan presiden yang diberikan tugas utama adalah untuk membantu presiden. Ini bukan nak membantu tapi untuk menjatuhkan presiden,” katanya lagi.
Tambahnya lagi tindakan Deklarasi Rakyat semalam mencerminkan bahawa ahli parti kini sudah sanggup duduk dengan pembangkang untuk menjatuhkan imej presiden parti itu.
Ujar Hamzah lagi, ahli akar umbi parti sentiasa memberikan sokongan yang jitu terhadap Perdana menteri dan meyakini bahawa beliau mampu menjalankan tugas dengan baik.

No comments:

Post a Comment