Isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara adalah antara perkara yang akan dibangkitkan oleh Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) yang bermula Selasa depan.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pergerakan itu memandang serius soal keselamatan dan keamanan yang menjadi faktor kepada masa depan negara yang cemerlang.
"Kalau tiada keselamatan dan keamanan, jangan cakap soal pembangunan kerana pembangunan masa depan dan kejayaan rakyat berbilang kaum berpaksi kepada perkara ini," katanya di sini, hari ini.
Isu lain yang menjadi tumpuan pergerakan itu dalam PAU 2014 adalah berkaitan Akta Hasutan, katanya.
Terdahulu Shahrizat menerima kunjungan hormat daripada Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob di ibu pejabat pergerakan itu di Menara Dato Onn di sini.
Dalam kunjungan itu, 23 anggota delegasi republik berkenaan diberi penerangan mengenai struktur dan program Pergerakan Wanita UMNO.
No comments:
Post a Comment