PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 23 November 2014

Hishammuddin : UMNO Sentiasa Terbuka terhadap Generasi Muda


 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein memberitahu bahawa parti UMNO sentiasa terbuka buat semua generasi muda untuk menganggotai dan ianya dialu-alukan oleh Presiden parti iaitu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishammuddin Hussein berkata, perkara ini telah dibuktikan dimana kebanyakkan pemimpin didalam UMNO pada masa ini sebelumnya hadir semasa mereka masih lagi muda.

"Usaha peremajaan didalam parti ini berterusan dimana saya sendiri telah melihat dimana hadirnya Menteri Besar Perak, Menteri Besar kedah, Menteri Johor semuanya datang daripada kaedah kita dan ini bermakna kita sedang memperluaskan lagi usaha kita untuk membuka parti ini kepada generasi muda.

"Kita jangan lupa bahawa sebelum ini kita telah melakukannya dan tidak termasuk mereka yang berada di dalam kabinet, contohnya Khairy Jamaluddin sebelum ini sebagai Naib Ketua Pemuda dan Datuk Seri Mukhriz sudah menjadi Menteri Besar dan juga merupakan exco kita," katanya kepada pemberita di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Tambah beliau lagi, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk melibatkan golongan muda bersama kita seperti mana usaha yang kita lakukan pada hari ini golongan peguam dimana ramai anak-anak muda dan ianya merupakan satu usaha yang boleh dibanggakan.

"banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk melibatkan golongan muda bersama kita dan saya cuma minta kepada anak-anak muda ini supaya pandai bawa diri, pandai melaksanakan dan membuktikan bahawa amanah yang telah diberikan dapat ditunaikan dan pastikan bahawa pertimbangan dan keutamaan mereka bukannya pada jawatan, wang ringgit supaya mereka mudah melihat dalam konteks undang-undang dan guaman.

"Ada diantara anak muda ini mendapatkan pendidikan tinggi sama ada dalam mahupun luar negara dan pendidikan mereka diiktiraf tidak semestinya mereka menjadi peguam, itu semua diambil kira secara terperinci oleh UMNO.
"Melalui usaha ini supaya kita dapat mendekati setiap lapisan masyarakat muda yang meletakkan harapan tinggi supaya nasib mereka terbela malah saya turut meminta mereka untuk tampil kehadapan bersama kita dalam meneruskan perjuangan," katanya lagi.

Hishammuddin menegaskan bahawa generasi muda yang telah menganggotai parti UMNO ini supaya boleh belajar dengan tokoh-tokoh atau pemimpin parti yang telah berjaya bagi memajukan diri mereka pada masa hadapan.

"Seperti mana yang saya tegaskan tadi, perlu pandai bawa diri.

"Kita hendak sekat orang daripada melakukan sesuatu atau menyekat mereka adalah satu perkara yang mustahil. Saya hendak mengingatkan supaya kita belajar daripada mereka yang telah pun berjaya seperti Muhkriz, Dr. Mahathir, Khairy Jamaluddin di mana mereka ini hadir daripada golongan-golongan muda.

"Apa sebab ada yang mengatakan mereka ini dapat membawa diri dengan mengatakan bahawa latar belakang mereka. Sebenarnya perkara ini bergantung kepada diri mereka sendiri untuk berjaya bukannya berdasarkan latar belakang terhadap individu terbabit," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment