Kemelut rampasan Bible yang berpanjangan hampir setahun akhirnya diselesaikan dalam satu majlis di Istana Alam Shah pagi ini.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Serahan kitab suci bagi penganut agama Kristian itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, dan Mufti Selangor , Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid serta Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Sebelum ini, Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.
Dalam laporan yang dibuat oleh laman berita rasmi negeri Selangor, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.
Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.
Pada Januari lalu, JAIS merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
JAIS berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.

No comments:
Post a Comment