PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Saturday, 8 November 2014
MP DAP Lapor Polis Dakwa DBKL Gelapkan RM138 Juta
Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa berlaku pecah amanah di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan dana berjumlah RM138.5 juta.
Beliau yang membuat laporan di Balai Polis Sentul hari ini berkata, jumlah tersebut adalah ketirisan yang berlaku sejak 10 tahun lalu.
"Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini.
Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.
"Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis.
Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut.
"Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya.
Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal.
Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau.
"Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut.
"Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau.
PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment