PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Saturday, 15 November 2014
Persatuan Bible Jangan Biadap - Zul Noordin
BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya merujuk kepada pengembalian bible versi bahasa Melayu oleh MAIS kepada Bible Society of Sarawak hari ini.
Pemulangan bible-bible tersebut adalah dibuat sempena kunjungan hormat Ketua Biskop Gereja-Gereja Sarawak Datuk Bolly Lapok yang juga merangkap Pemangku Pengerusi Majlis Gereja Malaysia mengadap sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor pagi ini.
Pihak Majlis Agama Islam Selangor dalam surat bertarikh 21 Muharam 1436/ 14 Nov 2014 ruj: MAIS/SPK/BPK/01/011/4 (12) yang ditandatangani oleh YBhg Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa menegaskan bahawa 'pemulangan bible-bible yang mengandungi kalimah Allah ini dibuat dengan syarat-syarat ketat dimana bible-bible ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor, terutama kepada mana-mana orang yang beragama Islam dan bible yang mengandungi kalimah Allah ini hanya untuk kegunaan penganut kristian di Sarawak'.
Malahan MAIS telah memeteri tiap bible versi bahawa Melayu tersebut dengan cop merah menyala seperti berikut:
'Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan dimana-mana bahagian didalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988'.
Oleh itu adalah jelas pengembalian bible-bible tersebut adalah dengan syarat yang sangat ketat dan wajib dipatuhi pihak institusi dan pendakyah kristian.
Saya mengambil kesempatan memberi amaran kepada Bible Society of Malaysia (BSM) dan para pendakyah kristian bahawa pengembalian tersebut tidak bermaksud bahawa pelanggaran terhadap Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988 dibenarkan atau dilonggarkan.
Malahan adalah jelas bible-bible tersebut jelas dan secara terang-terangan melanggari Seksyen 9 Enakmen tersebut kerana mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang!
Adalah jelas bahawa pengembalian tersebut tertakluk kepada Enakmen tersebut dan pelarangan penggunaan dan penyebarannya tetap berkuatkuasa didalam negeri Selangor.
Oleh itu saya memberi amaran kepada BSM dan para pendakyah kristian supaya menghormati dan mematuhi arahan dan syarat pengembalian bible tersebut.
Saya juga meminta pihak BSM dan para pendakyah kristian supaya menjadikan episod perampasan bible-bible tersebut sebagai iktibar dan pengajaran dan memberi akujanji tidak akan lagi mengulangi perbuatan biadap melanggar undang-undang negara!
Malah saya mendesak BSM dan para pendakyah yang lain supaya belajar hidup menghormati undang-undang dan sensiviti agama Islam dalam negara ini!
Malaysia adalah negara umat Islam dan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan ini!
Saya mengulangi titah Tuanku Sultan Selangor seperti yang terkandung didalam surat MAIS tersebut diatas iaitu:
'Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mengharapkan penganut agama lain turut menghormati dan melindungi sensitiviti agama Islam didalam negara ini, terutama di Negeri Selangor dan berharap sebarang bentuk pengedaran dan juga percetakan bible-bible yang mengandungi kalimah Allah tidak lagi berlaku didalam Negeri Selangor kerana ia merupakan satu kesalahan dibawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment