PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 11 December 2014

Merakyatkan UMNO, BN Tugas Semua Ahli



 Kesungguhan usaha ‘merakyatkan’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan hanya perlu datang daripada barisan kepemimpinan tertinggi sahaja sebaliknya iltizam tinggi perlu ditunjukkan oleh ahli parti itu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Awang Fadli Juanas berkata, pemimpin UMNO Bahagian dan semua ahli parti perlu membulatkan tekad bagi merakyatkan orang ramai dengan perjuangan parti tersebut, seterusnya menambah bilangan ahli dari masa ke masa.

Katanya, perkara tersebut pen­ting bagi memastikan orang ramai mempunyai perspektif tepat terhadap perjuangan dan keupayaan parti memberi kesejahteraan kepada rakyat, tidak seperti parti-parti pembangkang lain.

“Setiap pemimpin dan anggota parti UMNO serta BN perlu memiliki iltizam serta kesungguhan tinggi dalam merakyatkan orang ramai dengan parti ini yang sememangnya terbukti mensejahterakan rakyat dan negara.

“Tugasan ini penting bagi menjadikan UMNO dan BN sentiasa re­levan dan dekat di hati rakyat selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika berucap merasmikan program Kompenan BN di daerah mengundi Tengkurus.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang merupakan tulang belakang kerajaan, UMNO perlu sentiasa menjuarai apa juga program terutamanya dalam aspek pembangunan model insan yang merangkumi isu ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

Jelasnya, semua kerja keras itu perlu diketahui dan dihargai oleh masyarakat, maka peranan menyebarkan perkara tersebut perlu dilakukan oleh semua ahli BN terutama kepada masyarakat yang masih belum dapat menerima hakikat sebenar tersebut.

Katanya, penerangan secara berterusan dan usaha mengajak orang ramai menyertai pelbagai program anjuran BN perlu dilakukan sepenuhnya oleh ahli parti bagi merasai sendiri perjuangan mensejahterakan rakyat dan negara.

“Usaha merakyatkan parti ini perlu menjadi tanggungjawab dan digalas oleh semua ahli samada dari peringkat tertinggi sehingga ke pe­ringkat ahli biasa kerana ia merupakan kekuatan utama BN yang terdiri daripada pelbagai parti komponen,” katanya.

Sementara itu katanya, UMNO dan BN di kawasan Kota Belud perlu merapatkan saf kepimpinan bagi menjadikan parti itu menjadi sebuah parti yang lebih kukuh dan ahlinya bersatu padu.

Jelasnya, BN di daerah ini perlu mempertingkatkan agenda transformasi dalam parti, sekali gus membolehkan BN membawa gelombang perubahan besar kepada masyarakat setempat dari segi kemudahan sosial dan ekonomi.

No comments:

Post a Comment