PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 13 December 2014

Dr Zambry Pertahankan Bajet 2015



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempertahankan Bajet 2015 meskipun mendapat pandangan dari perspektif berbeza pihak pembangkang.
Katanya, ada yang membuat perbandingan antara negeri khususnya yang melibatkan negeri-negeri di bawah pembangkang dan ada juga yang tidak memberi kredit kepada bajet ini khususnya dalam bajet defisit.
“Demikian juga pandangan yang dilontarkan seperti menganggap bahawa kerajaan tidak pandai mengurus dan ada juga kita dengar tiada sumber-sumber baru dan kerajaan hanya mengenakan cukai-cukai,'' katanya semasa mengulung perbahasan bajet negeri 2015 di Dewan Negeri pada Jumaat.
Menurut Dr Zambry, beliau tidak mahu mengulas semula tentang prestasi bajet kerana yakin pembangkang bersetuju bahawa meskipun kerajaan membentangkan bajet defisit namun ia tetap berakhir secara surplus.
“Sudah enam kali saya bentang bajet negeri dengan unjuran defisit seperti yang kita tahu bahawa tidak sekalipun apabila kita bentangkan bajet defisit negeri tepaksa berhutang kepada kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menampung defisit berkenaan.
“Itu adalah asas yang sangat fundemental apabila kita memperkatakan tentang bajet defisit,'' katanya. Sebaliknya, menurut Menteri Besar, saban tahun usaha terus digembeling oleh kerajaan negeri dengan komitmen yang tinggi daripada penjawat awam sehingga hari ini menyaksikan bajet defisit berakhir dengan lebihan.
“Kita tidak ada masalah sebenarnya, malah kalau kita lihat secara perbandingan dengan Pulau Pinang, baik setiap tahun, walaupun dalam keadaan yang kita jangkakan pada tahun hadapan berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar tetapi kita tetap menaikkan jumlah dari segi bajet pembangunan kita,'' katanya.
Lantaran itu, katannya, sememangnya bajet itu bertujuan untuk memberikan kebaikkan kepada rakyat.
“Yang paling penting, semangat kita ialah apabila kita menyusun satu-satu bajet itu, kita bagi untuk kepentingan rakyat, kita melihat dari segi kemampuan sejauh mana kita mampu untuk melaksanakan agenda-agenda pembangunan,'' katanya.
Dr Zambry turut menyebut beberapa langkah penting yang sedang diambil bagi menambah hasil kerajaan negeri, antaranya membentuk jawatankuasa-jawatankuasa khas hasil negeri yang dipengerusikannya sendiri.
Selain itu, kata beliau, jawatankuasa pelaksana meningkatkan hasil negeri yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dengan melibatkan pelbagai jabatan di negeri Perak.
Katanya, usaha juga dibuat untuk mengadakan siri bengkel inisiatif meningkatkan hasil negeri hujung tahun lalu dan awal tahun ini yang melibatkan semua pejabat tanah dan daerah, pejabat kewangan negeri dan kerajaan tempatan.
“Dalam bengkel ini umpamanya, kita telah mendapati sebanyak 46 cadangan inisiatif untuk meningkatkan hasil negeri, termasuk strategi-strategi pungutan hasil dari pihak berkuasa.
“Kesemua inisiatif berkenaan telah dikategorikan mengikut kategori mudah dan sederhana yang sudah dilaksanakan, kita mengkaji dari masa ke semasa membuat pembaharuan dan perubahan yang boleh mengikut masa,” tambah beliau.
Beliau memberitahu, antara kemungkinan hasil baharu yang dapat dijana ialah depan caj sewa papan iklan, tanah rezab hutan untuk lebuhraya di samping mengurangkan ketirisan dalam pengeluaran hasil bumi.

No comments:

Post a Comment