PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 6 December 2014

Mahathir : 'Orang Malaysia Bodoh'



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kegagalan tokoh-tokoh korporat di Malaysia memimpin Malaysia Airlines Berhad (MAS) 'memaksa' kerajaan menerima orang luar menguruskan syarikat penerbangan negara itu.

 "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

MahatDemikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Khazanah Nasional Bhd semalam mengumumkan pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) seiring rancangan pemulihan 12-perkara untuk membolehkan Penerbangan Malaysia (MAS) kembali untung dalam tempoh tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senaraian awam Bursa Malaysia hujung tahun ini.

Khazanah turut mengumumkan pelantikan barisan lembaga pengarah untuk memacu Rancangan Pemulihan MAS yang kini sedang meraih momentum sebelum NewCo beroperasi pada 1 Julai 2015.

Pelantikan secara kontrak terhadap Mueller akan berkuatkuasa 1 Januari depan dan berakhir pada 1 Mei 2015

No comments:

Post a Comment