PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 17 July 2014

Serangan terbaharu Israel jadikan angka korban cecah 203 orang




GAZA CITY: Serangan udara terbaharu tentera Israel di Gaza awal hari ini mengorbankan beberapa lagi orang awam sekali gus menjadikan angka korban kini mencecah kepada 203 orang.

Serangan di sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza itu meragut dua nyawa manakala korban ketiga membabitkan seorang remaja lelaki dalam satu serbuan askar Israel selepas bedilan itu. 
Sementara itu, serbuan ke atas kediaman Mohammed al-Arjani di selatan Khan Yunis mengorbankan anak lelakinya berusia 19 tahun.


Beberapa serangan awal hari ini menyasarkan beberapa kediaman pemimpin Hamas, termasuk Mahmud al-Zahar bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu.

Serangan berterusan yang disasarkan kepada penduduk awam dan pemimpin Hamas di Gaza itu memasuki hari kesembilan, hari ini.

Sejak 8 Julai lalu, pejuang Israel sudah melancarkan sejumlah 1,000 roket ke arah Israel manakala rejim Zionis melancarkan 1,500 serangan roket terhadap Semenanjung Gaza.

Semalam, menyaksikan korban pertama rakyat Israel susulan bedilan roket Hamas berdekatan sempadan Erez. 
Sehingga kini, seramai 1,500 rakyat Palestin dilaporkan cedera susulan serangan roket yang dilancarkan Israel sejak lebih seminggu lalu.- AFP

No comments:

Post a Comment