PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 10 July 2014

Gaza Diserang : Jumlah Kanak-Kanak Terbunuh Terus Meningkat



GAZA   - Serangan regim Zionis terhadap bumi Gaza secara berterusan telah menyebabkan kematian rakyat Palestin terus meningkat sebanyak 14 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.

Memetik sumber laporan pasukan perubatan, serangan yang masuk hari ketiga ini dilaporkan bermula di sebuah kafe di Bandar Khan Yunis mengorbankan enam orang awam manakala 15 yang lainnya mengalami kecederaan.

“Serangan kedua dilancarkan di kem pelarian di tengah Gaza, mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan yang lain.

“Serangan seterusnya berlaku di dua buah rumah di Khan Yunis di mana tiga wanita dan empat kanak-kanak terbunuh,” katanya kepada sebuah agensi berita hari ini.

Serangan udara yang dilancarkan Israel Selasa lalu telah mengorbankan sebanyak 21 nyawa yang tidak berdosa.

Semalam, seramai 29 rakyat Palestin lagi maut melalui siri serangan Israel, sekaligus membawa jumlah kematian kepada 64 orang.

10 wanita dan 18 kanak-kanak adalah antara yang terkorban dalam serangan di Gaza kali ini. Foto - AFP

No comments:

Post a Comment