PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 25 July 2014

Anwar Puji Najib Bahas Kekejaman Israel




KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membahas kezaliman tentera Israel terhadap Gaza yang disertakan bersama usul khas mengenai tragedi nahas pesawat MH17 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia bagaimanapun digesa mendesak Amerika Syarikat menyatakan pendirian terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza, sepertimana mereka kuat membidas Rusia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel itu boleh disebut sebagai “state terrorism” yang jelas barbarik dan tidak berperikemanusiaan yang tanpa mempedulikan bulan suci umat Islam," katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menggesa agar pengurusan jenazah penumpang pesawat MH17 diperkemaskan supaya waris keluarga mangsa nahas tenteram dan tenang.

Malah Anwar juga menasihatkan waris keluarga mangsa supaya banyakkan bersabar dan reda dengan insiden buruk itu khususnya di akhir Ramadan ini.

"Ini merupakan satu keadaan yang suram dan pilu untuk semua rakyat Malaysia saya menggesa semua pihak untuk menahan diri daripada membuat kenyataan atau ucapan yang tidak sensitif kepada perasaan keluarga mangsa yang terlibat," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment