PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 24 July 2014

Polis Buru Lelaki Belasah Remaja



KUALA LUMPUR – Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.

No comments:

Post a Comment