PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 16 July 2014

Kembalikan semangat Melayu


KUALA LUMPURi - Orang Melayu perlu mencari titik penyatuan demi mengembalikan perpaduan dan semangat bangsa Melayu di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, langkah tersebut boleh dibuat dengan bersama-sama mengutuk segala penghinaan kaum yang berlaku.
"Dalam dunia hari ini, tidak mustahil peperangan saudara akan berlaku, malah Malaysia akan bergolak lagi sekiranya semangat kebencian di antara kaum yang dimainkan oleh pembangkang menjadi api yang marak.
"Ayuh kita mencari titik semangat penyatuan orang Melayu yang semakin hilang dan mengutuk segala penghinaan kaum dalam negara kita. Penghinaan kaum ini adalah penghinaan kepada Melayu, kepada kaum Pribumi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Razlan berkata, semangat tersebut perlu disemai dalam kalangan anak-anak Melayu supaya mereka tidak dipermainkan lagi oleh kaum lain.
Katanya, hal demikian kerana kelantangan pembangkang memperkecilkan bangsa Melayu semakin jelas apabila terdapat pemimpinnya yang tanpa segan silu mengutuk bangsa Pribumi itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Semangat menjaga maruah bangsa mesti ditanam agar bangsa kita tidak dipijak-pijak, (ungkapan) 'celaka UMNO' adalah satu perkataan amat keras, 'celaka UMNO' adalah satu perkataan menghina bangsa Melayu, 'celaka UMNO' adalah perkataan mencelakakan setiap ahli UMNO.
"Saya akan terus mempertahankan maruah parti selagi ada tenaga empat kerat, budaya memaki hamun dan mengejek pemimpin tidak seharusnya berlaku. Tidak seharusnya mereka menyemai budaya ini di Malaysia malah orang Melayu dalam lembut ada hadnya," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila melabelkan UMNO sebagai celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang pada Mei lalu serta mengulanginya di pentas ceramah DAP selepas itu.

No comments:

Post a Comment