PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 15 July 2014

Ribuan Rakyat di Paris Berdemo Kecam Israel



PARIS- Pertempuran meletus di Paris semalam apabila beribu-ribu orang membantah terhadap Israel dan menyokong penduduk di Semenanjung Gaza, di mana konflik tujuh hari itu meragut nyawa lebih 170 orang.

Beberapa ribu penunjuk perasaan berarak dengan aman melalui jalan raya di Paris dengan membawa sepanduk ‘Sokongan Penuh Terhadap perjuangan Rakyat Palestin’.

Pertempuran meletus apabila perarakan itu tamat di Dataran Bastille, dengan orang ramai melemparkan pelbagai objek ke arah polis yang kemudiannya melepaskan gas pemedih mata.

Kekacauan terus berlaku petang semalam ketika polis menyatakan enam orang ditahan. Sekumpulan kecil penunjuk perasaan pula cuba merempuh masuk ke dua gereja Yahudi di pusat bandar Paris.

Polis antirusuhan meleraikan mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment