PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 20 July 2014

Isteri Pemimpin DAP Biadap Perlekeh Negara



PULAU PINANG  - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Itulah peribahasa yang sesuai dan tepat ditujukan kepada Tan Poh See, isteri kepada bekas 'orang kanan' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Ng Wei Aik.

Dalam keadaan semua rakyat negara ini khususnya ahli keluarga mang­sa nahas pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine terkejut dan bersedih atas insiden berkenaan, Poh See atau Yuki Tan seperti dipetik laman blog http://novandri.blogspot.com dan http://panggungopera.blogspot.com memuat naik status di laman Facebook miliknya yang disifatkan langsung tidak sensitif.

Petikan status Facebook Yuki Tan itu berbunyi: "Malaysia begitu menggerunkan, apakah jenis negara yang tak berguna ini".

Status berkenaan dipercayai dimuat naik Yuki Tan sebaik sahaja menerima perkhabaran berhubung insiden yang menimpa MH17.

Menyedari keceluparan itu, dan selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Yuki Tan kemudiannya memuat naik satu lagi status di laman Facebooknya yang berbunyi:

"Saya ingin meminta maaf di atas kenyataan peribadi saya dalam menggambarkan Malaysia mengikut insiden malang MH17. Bukan niat saya untuk menyakiti hati ramai rakyat Malaysia. Maaf! mari berdoa untuk MH17! (I would like to apologize over my personal statement describing Malaysia following the unfortunate incident of MH17. It is not my intention to hurt the feeling of a lot of Malaysians... Sorry! Let's pray for MH17!)

Bagaimanapun, tindakan memohon maaf Yuki Tan itu dilihat tidak memadai dan pelbagai pihak mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan yang disifatkan langsung tidak patriotik serta biadab.

Ketua Wanita UMNO negeri, Norliza Abdul Rahim berkata, tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada isteri wakil rakyat itu supaya tidak lagi mengulangi perbuatan sama pada masa depan serta lebih sensitif dalam menggunakan laman sosial.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, Yuki Tan tidak sepatutnya bertindak sedemikian yang jelas menjatuhkan nama baik negara di saat semua pihak sedang bersedih atas kejadian tersebut.

"Tiada siapa mahu kejadian buruk seperti itu terjadi dan sebagai rakyat Malaysia dan isteri wakil rakyat, dia sepatutnya lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang status di laman sosial.

"Kita kesal dengan apa yang dilakukan oleh Yuki Tan dan mahukan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana kementerian yang mempunyai bidang kuasa berhubung isu ini segera mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment