PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 18 July 2014
Kiki Peugeot Mohon Maaf
PETALING JAYA - Wanita yang didakwa menghemburkan kata-kata kesat serta memukul kenderaan warga emas mengunakan pengunci stereng di Kuantan baru-baru ini tampil memohon maaf terhadap mangsa.
Beliau yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin menjelaskan turut memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia ekoran kenyataan berbaur perkauman yang dilemparkannya pada hari kejadian.
"Tolong sebarkan kepada orang ramai permohonan maaf saya kepada seluruh warga Malaysia disebabkan kelakuan saya. Itu bukan niat saya. Itu kesalahan peribadi dan (sifat) maraf. Saya yang perlu disalahkan dalam hal ini," katanya yang dipetik dari portal The Star, hari ini.
Video insiden tersebut tersebar meluas di laman sosial Facebook dan Youtube menunjukkan wanita tersebut berkali-kali memukul kenderaan seorang lelaki warga emas yang melanggar kereta wanita tersebut.
Wanita tersebut turut meminta RM2,000 sebagai ganti rugi daripada lelaki berkenaan.
Pada permohonan maafnya, wanita tersebut meminta orang ramai tidak mengaitkan insiden tersebut dengan syarikat perancang perkahwinan dimana tempatnya bekerja ketika ini.
"Ada masanya dalam kehidupan untuk memaafkan orang lain.
"Saya cuma harap orang ramai untuk membuang semua video saya itu. Hormati hak peribadi saya dan fikirlah jika perkara ini terjadi kepada keluarga anda," katanya.
Insiden ini juga mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Jelasnya, pihak polis akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang sedia ada dalam menjatuhkan perhukuman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment