PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 11 July 2014
13 Mei : DAP Jangan Cabar Melayu
BLOG UMNO BAHAGIAN CHERAS - Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy (gambar bawah) jangan sengaja ‘mengundang padah’ apabila mencabar kerajaan bersabit insiden 13 Mei.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, Ramasamy jangan terlalu angkuh dan biadap mencabar supaya insiden 13 Mei berlaku lagi kerana tahap kesabaran orang Melayu ada batasnya.
“Pemimpin DAP jangan biadap, jangan sengaja mengundang padah kerana cabaran itu pastinya akan disambut jika sudah keterlaluan,” tegasnya.
Beliau berkata, P. Ramasamy sengaja menyalakan api perkauman untuk kepentingan politik DAP.
Katanya, sejarah tidak berbohong bagaimana pembabitan DAP dalam tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku di Kuala Lunmpur dan sekitarnya.
“ianya satu tragedi pahit kepada negara rakyat pada ketika itu,” katanya.
Beliau berkata, orang Melayu sudah melupai tragedi pahit 13 Mei 1969 dan menjadikannya sebagai teladan dan iktibar untuk generasi akan datang.
Bagaimanapun kata beliau, itu tidak bermakna orang Melayu khususnya pemimpin UMNO sanggup membiarkan kepala mereka di pijak orang.
Syed Ali mengingatkan, orang Melayu akan tetap bersabar selagi mereka masih mampu bersabar sehinggalah kesabaran itu bertukar kepada tindak balas.
“Kenyataan Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang itu sudah keterlaluan, tidak boleh dimaafkan, hanya undang-undang yang mampu mengajar beliau,” tegasnya kesal.
Syed Ali berkata, cabaran Ramasamy yang juga ADUN Perai supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi insiden 13 Mei merupakan provokasi amat berbahya.
"Ramasamy sengaja memutarbelit kenyataan Muhyiddin dan dijadikan bahan hasutan, ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat kenyataan Ramasamy kerana dikhuatiri boleh mencetuskan keresahan antara kaum.
“Saya harap pihak polis segera ambil tindakan terhadap Ramasamy yang cukup celupar dan biadap itu,” tegasnya.
Ramasamy dilaporkan telah memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin sebelum ini melahirkan kebimbangan terhadap tahap perpaduan rakyat jika tidak dijaga boleh mengundang kejadian sepertimana 13 Mei.
Bagaimanapun pemimpin DAP itu memberikan gambaran seolah-olah Muhyiddin mengugut rakyat negara ini dengan cerita 13 Mei.
Ramasamy dilaporkan sebagai berkata :
“MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) mahu kembalikan insiden 13 Mei, bawalah…”
“Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei..13 Mei..cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 mei,”.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO /BN Wilayah Persekutuan bimbang kenyataan biadap itu boleh mencetuskan ketegangan antara kaum khususnya di Pulau Pinang.
DAP tambah beliau, perlu bertanggungjawab di atas sikap biadap dan celupar Ramasamy yang tidak mengambilkira sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Apabila beliau mencabar supaya inisden berdarah itu berulang, bermakna ianya satu cabaran kepada undang-undang sedia ada,” ujarnya.
Beliau berkata, DAP yang menerajui Pulau Pinang tidak sepatutnya mengamalkan dasar perkauman yang sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.
Katanya, cabaran Ramasamy itu merupakan satu perbuatan tidak boleh dimaafkan dengan begitu mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment