PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 8 February 2014

#PRKKAJANG !!! #KHALIDIBRAHIM JADI PENGARAH !!! #AZMINALI JADI KULI ??? WAJIB BACA !!!


Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution baru-baru ini mengumumkan perlantikan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya kecil Dun Kajang.Melalui kenyataan ringkas yang dikeluarkan,Saifuddin menjelaskan perlantikan Khalid itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya sekali gus dapat mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenangi PKR pada PRU13, tahun lalu. 

"Demi menghadapi PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi,PKR telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya.Insya-ALLAH dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, PR dan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.   

Yang menjadi persoalannya ialah,dimanakah peranan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor ??? Apakah ini bermaksud Anwar tidak lagi percaya pada Azmin yang suatu ketika dahulu merupakan ‘anak emas’ kepadanya ??? Menurut pemerhati politik,perlantikan Khalid ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa PKR cuba meminggirkan Azmin.Dalam bahasa mudah ia adalah merupakan gerakan halus untuk ‘memulaukan’ Azmin dari terus campur tangan dalam politik dan kepimpinan negeri.Ini kerana sekiranya dilihat dari hireiki kepimpinan parti,jawatan Azmin lebih tinggi daripada Khalid dan sewajarnya diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengetuai jentera parti yang melibatkan politik.Malah sekiranya dirujuk kepada kenyataan Anwar sebelum ini,dia secara sinis mengatakan Khalid bukanlah merupakan seorang ahli politik yang baik. Malah perkara itu turut diakui oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat melalui salah satu program wawancara sebelum ini.   

 Menurut Suhaizan,selepas diberikan penerangan berhubung kemelut politik di Selangor,dia akhirnya bersetuju dengan keputusan PKR untuk meletakkan Anwar bertanding di Kajang.Ini kerana menurutnya Khalid perlu dibantu oleh Anwar kerana dia bukan merupakan ahli politik yang baik.Sekiranya Khalid bukan merupakan ahli politik yang baik,apa rasionalnya dia di lantik sebagai Pengarah Pilihanraya ??? Jadi benarlah tanggapan sebelum ini yang mengatakan kehadiran Anwar di Selangor adalah untuk mengawal dan sekaligus ‘membunuh karier’ politik Azmin.Paling menarik,apabila sumber tertinggi PKR turut mendedahkan,Anwar,Khalid dan Wan Azizah sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan karenah Azmin yang semakin ‘menjolok mata’.Oleh itu dengan kehadiran Anwar di dalam kerajaan negeri,masalah ini dijangkan dapat diselesaikan.Khalid juga dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi PKR Selangor yang sebelum ini telah ‘dirampas’ oleh Azmin.Patutlah sejak kebelakangan ini kelibat Azmin semakin sukar dilihat terutama dalam program-program yang melibatkan Anwar.Nampaknya peranan dan jawatannya sebagai orang no 2 parti,sudah tidak lagi diperlukan,walaupun pada suatu ketika dahulu dia adalah merupakan pendokong dan penyokong utama Anwar.   

Bak kata pepatah,dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment