Baru-baru ini,Teresa Kok diangkat lagi menjadi ‘hero’ DAP hanya kerana berjayamenjadikan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengejek kepimpinan negara.Video Tahun Baru Cina Teresa membuatkan rakyat lupa tentang hakikat bahawa kedudukan CEC DAP masih belum sah dan bahawa kepimpinan DAP telah memanipulasi ahli-ahli dan perwakilan mereka sendiri. Hari ini, kepemimpinan tertinggi DAP sibuk membela Teresa dan gembira apabila isu mengejek pemimpin berjaya menutup isu CEC.Hujah pembelaan DAP ialah video Teresa tidak rasis dan ungkapan ‘Malay-sie’ telah disalah-terjemahkan dan tidak bermaksud untuk menghina Melayu.Jika DAP ingin bermain dengan hujah ini,maka saya juga boleh berhujah bahawa memandangkan PerdanaMenteri adalah Melayu,maka ejekan Teresa Kok tetap dianggap sebagai penghinaan terhadap semua orang-orang Melayu.Dengan itu isu ini pun akan berterusan tanpa ada penyelesaian.Manakala,sejumlah kecil wang yang ditawarkan untuk menampar Teresa Kok hanya akan menjadikan beliau sebagai hero yang lebih besar bagi Chauvinis DAP dan tidak akan menyelesaikan ‘pertengkaran’ ini.
Justeru adalah lebih penting bagi kita untuk memahami perkara pokok tentang Teresa Kok,jika kita benar-benar ingin menyelesaikan isu ini.Penghinaan Teresa terhadap Perdana Menteri atau orang-orang Melayu bukanlah akar- pokoknya,tetapi bunga yang sedang berbuah.Jika kita ingin menentang Teresa Kok bukan dengan melayan karenah kebudak-budakkannya yang sengaja mengajak kita bertengkar, tetapi dengan menangani agendanya.Baru-baru ini blog DAP Insider mendedahkan tentang siapa itu Teresa Kok.Nampaknya,di sebalik kontroversi video Tahun Baru Cina yang mempersoalkan integriti kepimpinan sehinggalah ke beg tangan Datin Seri Rosmah,Teresa sebenarnya menyembunyikan sampah yang lebih busuk lagi di dalam beg tangannya sendiri.Menurut blog tersebut, Teresa mempunyai proksi perniagaan dan melakukan korupsi yang besar di Selangor.
UNTUK SELANJUTNYA
Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta dan di Kuala Kubu Bahru PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem,pada kadar RM700,000.Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar.Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut.Dari surat itu yang turut dilampirkan oleh DAPInsider,jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut.Pada 19 Disember 2011,Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino.Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI) kepada Goldsino. Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan TNB ditandatangani oleh pihak Yayasan dan Goldsino.Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini. Antara yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tenderterbuka.
Bayangkan,dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion,keputusan untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima LOI.Malah,difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut,hanya seorang dari pihak Goldsino yang hadir.Lazimnya,bagi sesebuah projek sebesar ini,apatah lagi yang melibatkan pelaburan dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun.Ia juga seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit.Namuh,projek Goldsino nampaknya begitu ‘istimewa’ di mana keputusan boleh dibuat dalam masa yang singkat tanpa membabitkan begitu banyak pihak.Perkara inilah yang dibangkitkan oleh DAPInsider yang percaya bahawa Teresa Kok mempunyai proksi di dalam Goldsino.Blog itu juga berjanji akan menyambung pendedahan ini secara lebih ekslusif.
persoalannya,apakah Teresa Kok akan menjadikan dirinya sebagai ‘hero’ dalam isu ini pula ??? Apakah DAP akan terus membela Teresa Kok dari pendedahan ini ??? Bagaimanakah DAP boleh menjelaskan soal ‘rundingan terus’ dalam projek ini sedangkan DAP yang sering melalak melolong kononnya mengamalkan tender terbuka bagi semua projek untuk ‘mengurangkan kos’ dan menepati slogan ‘ketelusan’?
Kesimpulannya,video Tahun Baru Cina Teresa Kok hanya dibuat untuk melalaikan kita terhadap perkara remeh sementara DAP menyamun dan merampas apa saja selama PR berkuasa dan tanpa disedari oleh rakyat.Sudah sampai masanya rakyat diasuh agar lebih peka dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi kerana DAP sememangnya hanya bermain dengan emosi kita.Ada baiknya,jika kita melebihkan penggunaan akal dan tidak terbawa-bawa dengan sesuatu isu remeh sehingga mengabaikan isu yang lebih besar.Hakikatnya,kita menentang Teresa Kok bukan sahaja kerana beliau rasis,tetapi kerana beliau menggunakan isu rasis bagi mengaburi isu korupsi dirinya dan partinya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment