PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 14 February 2014

'Kafir Kufur' Punca Ketegangan Agama


KUALA LUMPUR 14 Feb - Ketegangan agama antara kaum sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada golonga kafir yang tidak bersyukur dengan keharmonian dan kesejahteraan Islam di Malaysia.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, ianya berlaku selepas golongan yang tidak mempercayai Allah sebagai pencipta yang Esa menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembagaan Persekutuan.
"Golongan kafir yang tidak percaya Allah sebagai pencipta, tidak akan tahu bersyukur. Ini yang menyebabkan ketegangan yang berlaku di dalam negara," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Kemelut antara penganut Islam dan Kristian semakin memuncak selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya termasuk di dalam penterjemahan Bible berbahasa Melayu.
Ianya diikuti dengan rampasan Bible berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapati mengandungi 35 perkataan berbahasa Arab yang telah dilarang mengikut enakmen negeri 1988.
Pada sebuah forum baru-baru ini, Penasihat DAP lim Kit Siang menyeru umat Islam negara menentang golongan agama melamau dimana ianya merujuk kepada siri demonstrasi penganut Islam yang membantah penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan penganut Islam.
Menurut Isma, pengikut Pakatan Rajyat (PR) yang menyokong seruan DAP itu adalah sebenarnya golongan pelampau.
"Mereka tidak menghargai rahmat yang diberikan. Tidak bersyukur. Itu yang menyebabkan mereka mencabar Allah, Rasul, Perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Mereka mencabar agama Allah dan mahukan sistem berdasarkan fahaman dan cara kehidupan atheist," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment