Perbicaraan rayuan kes liwat II terhadap Ketua Pembangkang berlangsung Rabu lalu dalam keadaan sokongan yang semakin menurun bagi Anwar Ibrahim.Indikasinya tidak ada kumpulan penyokong PKR atau dari pembangkang yang hadir untuk menyambut beliau di kaki tangga Mahkamah Rayuan di Putrajaya seperti masa-masa lalu.Walaupun nampaknya Anwar berusaha melalui tweet untuk mengajak penyokong yang seringkali boleh dipengaruhinya untuk melaung 'Hidup Anwar' semasa perbicaraan kes yang sama sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 tetapi suasana kali ini sudah berbeza.Beliau hanya dilihat tiba berseorangan dengan diiringi isteri,pemandu yang setia dan seorang pengawal peribadi.Di mana pengawal peribadi Filipina yang pernah mengerumunni beliau satu ketika beliau seolah-olah begitu hebat tahap keselamatannya diperlu di jaga ??? Di mana penyokong-penyokong tegar dari kalangan reformis yang tidak pernah gagal untuk hadir pada setiap perbicaraan saban hari sambil membaca sajak reformasi memuji beliau ??? Apa jadi dengan penyokong Pas dan Dap yang dahulunya nampaknya juga kelibat mereka seorang dua tapi kini terus menyepi ??? Apa jadi dengan anggota AMK yang menjadi teras kepada kumpulan baris hadapan setiap kali Anwar muncul di mahkamah Jalan Duta ??? Adakah penyokong pembangkang sudah muak dengan hikayat Anwar selama ini dan sudah mula mengasingkan diri daripadanya ??? Atau mungkin juga kali ini mereka yakin Anwar tidak akan mempunyai peluang untuk lepas dari hukuman meliwat Saiful Bukhari Adnan ???
Bayangan perkara ini berlaku sudah kelihatan tetapi apapun hana pihak mahkamah yang boleh menjatuh hukuman berlandaskan kepada fakta-fakta serta hujah kukuh ang bakal dikemukakan oleh pasukan pendakwaan.Manakala pihak pembelaan akan cuba untuk memutar belit supaya kes liwat itu bukan tertumpu kepada Anwar tetapi perhatian akan diberi kepada perkara-perkara ranting yang membuang masa.Jika pasukan peguam yang membela Anwar mampu menangguhkan perbicaraan liwat 2 dahulu sebanyak 60 kali, kemungkinan besar mereka juga akan menggunakan taktik yang masa untuk memanjangkan tempoh perbicaraan atau 'to buy time'.Ini strategi biasa di mana-mana perbicaraan tetapi Anwar mengeksploitasi kaedah ini sepenuhnya atas bermacam-macam alasan dari cuti sakit, program ke luar negara,rayuan menolak hakim hingga kes-kes mempertikaikan procedur mahkamah. Pasukan peguam Anwar akan berhujah sehingga hakim terpaksa berlakunya keadaan perbicaraan di dalam perbicaraan.Ini semua dilakukan supaya fokus rakyat bukan kepada fakta dan hujah pihak pendakwaan untuk membuktikan Abwar bersalah tetapi dihalakan kepada perkara teknikal dan titik bengit.Taktik ini sudah pun bermula sebelum perbicaraan bermula lagi di mana Anwar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan prejudis. Akhirnya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengenepikan Muhammad Shafee.Di sini masa sudah terbuang beberapa bulan.
Kemudian pada hari pertama perbicaraan rayuan,Anwar pula membuat permohonan untuk memanggil semula saksi Supt. Jude Blacious Peirera yang menjadi pegawai penyiasat polis pada perbicaraan lalu.Kali ini juga mahkamah menolak permohonan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai asas serta membuang masa mahkamah.Satu lagi taktik 'diversion' di mana Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu. Selepas permohonan ditolak,Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan ini juga akan memakan masa.Jika setiap prosedur atau tindakan Anwar ditolak oleh mahkamah atau pihak pendakwaan juga berbuat demikian,sudah tentunya perbicaraan akan berpanjangan untuk tempoh yang lama.Taktik Anwar adalah untuk mempertikaikan kewibawaan mana-mana individu yang boleh mengancam peluangnya untuk membebaskan diri sepanjang tempoh perbicaraan.Sudah tentunya pasukan pembelaan tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa-apa jua jalan selepas ini untuk melengah-lengahkan perbicaraan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment