PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 7 February 2014

Isu Khutbah Jumaat : NGO Beri Amaran kepada Kit Siang


PETALING JAYA 6 Feb - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) memberi amaran kepada mana-mana pihak terutamanya pemimpin yang bukan beragama Islam supaya tidak lagi bermain dengan sentimen perkauman dan agama melainkan bersedia berada dalam situasi bahaya.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata isu-isu sensitif itu berupaya menghancurkan keharmonian dan perpaduan yang dinikmati selama ini.

"Saya memberi amaran terutamanya kepada pemimpin bukan Islam, jangan sentuh hal agama. Nanti orangMelayu bangkit, dan tertekan serta sampai ke tahap sebegini, masa bangkit nanti situasi akan berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media bersama Jawatankuasa Tertinggi MJMM di sini semalam.

Jelas Abdul Rani, tindakan Lim Kit Siang selaku veteran politik dan Penasihat DAP ketika mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat beberapa hari lepas tidak sewajarnya dicetuskan.

"Kit Siang bukan setakat pertikai khutbah Jumaat tetapi juga mempertikaikan secara langsung Surah Al Baqarah ayat 120. Siapa Kit Siang yang hendak mempertikaikan hal-hal agama Islam? Ini sudah melampau, mengusik agama Islam kerana hendak dijadikan isu politik," tegas beliau yang turut meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan setimpal ke atas Kit Siang yang juga merupakan bapa kepada Ketua MenteriPulau Pinang Lim Guan Eng.

Baru-baru ini Kit Siang didakwa berkata khutbah Jumaat dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama dalam negara.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik kenyataan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyatakan bahawa pihak tertentu dilihat cuba menilai kandungan khutbah dari sudut bertentangan dengan mesej yang cuba disampaikan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Shukri juga menegaskan khutbah itu perlu dinilai menyeliputi keseluruhan kandungannya dan bukan dengan hanya mengambil satu topik sahaja yang kemudiannya dimanipulasi untuk kepentingan politik.

No comments:

Post a Comment