PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 25 February 2014

#PRKKAJANG !!! SELEPAS TIPU KAUM #INDIA DI #BUAHPALA KINI #ANWARIBRAHIM TABUR JANJI DI #KAJANG !!!


Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang dilaporkan berkata,Dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.   Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.  

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat.Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.  

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya ??? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu ??? Jawapannya sudah tentu tidak !!!  


Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India.Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala,Bukit Gelugor.Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.  

“Tapi you percaya sama saya.Ketua Menteri,DAP dengan Keadilan kita punya geng juga.Dua minggu lepas menang (PRU12),mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar” katanya.   

Namun sejurus selepas menang,semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan.Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.Menurut wakil penduduk,mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008,sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.  

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.   

Malangnya,kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah. ''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma,kami dianggap sebagai setinggan,jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.   

Berikutan itu,mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.Kesimpulannya,di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini ??? Buat masyarakat India,buat lah keputusan dan pilihan yang bijak,kerana keputusan ada di tangan anda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RM 2 JUTA !!! TERBUKTI #HADIAWANG MEMBUAT FITNAH !!!



Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda,Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin,calon PKR DUN Bukit Besi,Terengganu.Selain itu,Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang,Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang,kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata,parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan- syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.Ekoran dakwaan tersebut,Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.Plaintif ketika ditemui berkata,Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR,tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan. 

Pada 26 Jan yang lalu,mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu tersebut,namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.Ekoran dakwaan tersebut,pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak polis melakukan siasatan.Persoalannya, mengapa Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini ??? Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan ??? Mengapa Abdul Hadi membisu seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum ini ??? 

Kesimpulannya mudah,kes ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.Walaupun mereka sering mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama ternyata Abdu Hadi terlupa,di dalam Islam menuduh mana- mana individu tanpa bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, 24 February 2014

pemeriksaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan bagan datuk
























Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda bersama barisan exco pemuda bagan datuk telah pergi ke selekoh untuk meneruskan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk disana.aktiviti seperti ini memang di lakukan pada setiap minggu untuk memastikan penduduk yang mempunyai masalah kesihatan atau masalah pengangkutan untuk pergi ke klinik dapat kami pantau dan di jaga dengan baik.

alhamdulilah,kami bersyukur kepada allah kerana memberi kami tenaga untuk membantu mereka yang memerlukan,siapa lagi hendak membantu mereka kalau bukan kami sebagai pemuda di kampung ini,tanpa mereka kami tak akan wujud,jadi sekarang kami akan menjaga mereka dengan baik.........

Program gotong royong bersih kawasan kubur anjuran qariah masjid batu 8 dgn pemuda umno cwgn bt 8.alhamdulillah semuanya berjalan lancar










Sunday, 23 February 2014

Program ramah mesra bersama kepimpinan Puteri Umno Bagan Datoh di kompleks pelancongan bagan datoh.








Program santai bersama pemuda dan penduduk sungai dulang dalam..










Pemeriksaan kesihatan di kampung sungai pergam (sebelah petang)












Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda bersama barisan exco pemuda bagan datuk telah pergi ke selekoh untuk meneruskan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk disana.aktiviti seperti ini memang di lakukan pada setiap minggu untuk memastikan penduduk yang mempunyai masalah kesihatan atau masalah pengangkutan untuk pergi ke klinik dapat kami pantau dan di jaga dengan baik.

alhamdulilah,kami bersyukur kepada allah kerana memberi kami tenaga untuk membantu mereka yang memerlukan,siapa lagi hendak membantu mereka kalau bukan kami sebagai pemuda di kampung ini,tanpa mereka kami tak akan wujud,jadi sekarang kami akan menjaga mereka dengan baik.........

Melawat seorang pemuda dari cawangan simpang 4 rungkup yang putus jarinya.







hari ini ketua pemuda dan barisan exco Melawat seorang pemuda dari cawangan simpang 4 rungkup yang putus jarinya.kami juga bersimpati dan memberi bantuan kepada mangsa yang putus jarinya akibat kecelekaan......

Saturday, 22 February 2014

Selamat pengantin baru kepada Ekin dan Luqman.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
















Terima kasih kepada pasangan pengatin yang sudi menjemput kami datang ke majlis perkahwinan anda,kami  pemuda bagan datuk ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada ekin dan lukman semoga kekal bahagia selamanya aminnnnn..........