PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERKAITAN PENGHINAAN TERHADAP REPLIKA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA OLEH ADUN PKR MACHANG BUBUK
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri mengutuk sekeras kerasnya perbuatan biadap dan ‘kurang ajar’ sekumpulan kecil penyokong PKR yang dikelolakan oleh ADUN PKR Machang bubuk
Sikap biadap kumpulan ini yang telah menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup. Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita. Jika mereka ini bertanggungjawab, seharusnya mereka ini berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari punca kenaikan ini dengan melihat ‘supply chain’ khususnya kegiatan ‘orang tengah’ yang memonopolikan barang keperluan seharian.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung ini dalam semua saluran media. Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak katikkan.
Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin memberi amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO jika masih berdegil!!!!!
Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment