PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 22 January 2014

Ahli PKR sindir Gobind

KUALA LUMPUR - Jika bapanya, Karpal Singh digelar 'Harimau Jelutong', anaknya, Gobind Singh Deo pula diberi gelaran 'Tikus Puchong'.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kubang Pasu di Kedah, Hamzah Alias berkata, gelaran itu sesuai diberikan kerana sikap Gobind yang melarikan diri dan masih enggan menjawab isu pembohongan berhubung 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.
Menurutnya, pembohongan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong itu jelas memalukan seluruh pakatan pembangkang dan sikap membisu tersebut menyebabkan pakatan itu terpalit dengan tohmahan rakyat.
"Dulu bapanya pernah digelar 'Harimau Jelutong' tetapi hari ini saya mahu gelar Gobind pula sebagai 'Tikus Puchong' kerana bersikap membisu dan takut untuk tampil menjelaskan isu berkenaan.
"Gelaran itu memang sesuai dengan tindakan Gobind yang macam tikus, sudah buat salah lari dan menyorok pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP.
Dalam pada itu, Hamzah turut mendesak Gobind menemui Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menjelaskan perkara berkenaan jika benar beliau tidak berbohong.
"Apa lagi mahu tunggu Gobind, jumpa Datin Seri (Wan Azizah) dan jelaskan semua penipuan yang berlaku dan saya juga berharap kepemimpinan PKR dapat mendesak Gobind untuk tampil menjelaskan perkara berkenaan dengan segera," katanya.


No comments:

Post a Comment