KUALA LUMPUR 10 Jan. - Dalam usaha membantu orang ramai menyalur dan mendapatkan maklumat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, Pemuda UMNO akan melancarkan portal aduan rakyat tidak lama lagi, yang dikendalikan Biro Aduan Komuniti pergerakan itu.
Pengerusi biro berkenaan, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, portal itu adalah yang pertama seumpamanya yang membolehkan orang ramai membuat aduan dan kemudiannya disalurkan kepada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Portal itu akan menyediakan perkhidmatan mencari jalan penyelesaian masalah yang timbul seperti isu kos sara hidup, kes perceraian, masalah setempat, pembelian rumah dan saluran bagi pinjaman usahawan, katanya.
"Portal yang beroperasi 24 jam itu juga menyediakan kemudahan kaunseling dan khidmat nasihat secara dalam talian," katanya di sini, hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment