PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 17 January 2015

Guna Pendekatan Secara Peribadi, Pahamkan Belia Tentang GST:- Dr Nik Mohammad Azli



Pendekatan secara peribadi antara kaedah yang digunakan oleh Pemuda UMNO Bagan Datoh untuk memberi penjelasan kepada para belia tentang sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April depan.
Ketua Pemudanya, Dr Nik Mohammad Azli berkata sebagai belia adalah amat penting perkara ini difahami dengan baik dan tidak disalah tafsirkan.
“ GST adalah satu perkembangan yang baik dan ia juga sering dimanipulasikan pihak tertentu yang mana menganggap GST sesuatu yang negatif. Di Negara maju, pelaksanaannya adalah sejak tahun 80an, dan untuk Malaysia, saya rasa pelaksanaan yang diusulkan oleh kerajaan Barisan Nasional sangat baik dan bagi pemuda yang lain wajib menyokong,” jelasnya kepada BN Perak.
Sebagai pemimpin, Dr Nik Mohammad Azli mengakui amat penting peranannya untuk menyokong usaha kerajaan ini. Justeru, pihaknya mempunyai cara yang tersendiri.
“Kami sebagai Ketua Pemuda di bahagian penting sebagai penggerak untuk memaklumkan perkara-perkara tentang GST dan tentang pelaksanaan-pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan dengan melakukanapproach touch yang mana bila kita berkumpul kita melakukan pendekatan baik dengan pemuda dan kita akan tarik mereka untuk berikan taklimat,” jelas Dr Nik Mohammad Azli di Kg Gajah hari ini.
Pelbagai isu dibangkitkan tentang GST dan yang yang menjadi igauan rakyat adalah isu kenaikan harga.
Justeru, semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi melaksanakan Ops Catut bagi membanteras tindakan peniaga yang cuba mengambil kesempatan bermain dengan harga barangan ketika sistem cukai barangan dan perkhidmatan dilaksanakan kelak.
Orang ramai amat mengalu-alukan membuat aduan yang lengkap dengan bukti jika adanya peniaga yang menaikkan harga sesuka hati sebelum tindakan serta merta diambil oleh penguat kuasa.

No comments:

Post a Comment