PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Sunday, 4 January 2015
DAP Akhirnya Akur Penganjuran Maulidur Rasul Di P.Pinang
Akur dengan desakan pelbagai pihak, Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya memasukkan acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri hari ini yang bermula di Vision Park Ke Masjid Abdullah Fahim, di Kepala Batas, semalam.
Sambutan kira-kira pukul 8 pagi itu disertai kira-kira 2,000 orang dan dimulakan dengan perarakan melibatkan 41 kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta.
Bagaimanapun, acara perarakan berasingan turut diadakan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTNPP) yang disertai kira-kira 5,000 orang di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan akan menggugurkan acara perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini bertujuan menggantikannya dengan pengisian lain.
Tindakan itu sama seperti keputusan kerajaan negeri tahun lalu yang turut menggugurkan acara perarakan dalam sambutan tersebut dan peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang di sini, yang terletak bersebelahan serta tidak membawa sepanduk.
Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri untuk kebaikan semua pihak.
Keputusan kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam di negeri ini memandangkan acara perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah merupakan acara tradisi dalam sambutan Maulidur Rasul di negeri ini sejak 20 tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment