PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Tuesday, 8 April 2014
Polis Diminta Siasat Anwar Dedah Lokasi MH370
KUALA LUMPUR 8 April - Pihak berkuasa perlu menyiasat sejauhmana kebenaran dakwaan laporan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat minggu depan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan tersebut yang dilaporkan oleh beberapa portal berita dan laman blog dikhuatiri boleh menjejaskan usaha pencarian pesawat tersebut yang turut membabitkan negara asing.
"Dakwaan itu amat serius, jadi saya mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar.
"Dakwaan kononnya Anwar mengetahui lokasi pesawat berkenaan juga seolah-olah mempersenda-sendakan waris dan keluarga penumpang yang malang itu," katanya menerusi laman blog miliknya hari ini.
Beliau menjelaskan, dakwaan tersebut yang tersebar luas di laman-laman sosial juga boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar.
"Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat," ujarnya lagi.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi pesawat tersebut di Dewan Rakyat Khamis ini.
Namun, kebenaran berita tersebut masih belum diketahui kerana kesemua laporan tersebut tidak memaklumkan bila dan kepada siapa Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana pembangkang menjadikan isu kehilangan pesawat MH370 sebagai modal politk untuk memburukkan kerajaan.
"Dalam kes Anwar yang kononnya tahu di mana lokasi tersebut, saya lihat ianya satu provokasi jahat untuk mencemarkan imej negara," tegasnya.
Dalam hubungan ini, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Anwar berhubung penyebaran laporan yang mendakwa beliau akan membuat pendedahan Khamis ini.
Tambahnya, Anwar pernah beberapa kali berbohong apabila beliau sebelum ini beraia-ia mendakwa akan menguasai Putrajaya dan seterus menjadi Perdana Menteri.
"Anwar merupakan pengkhianat yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa," tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment