PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 1 April 2014

Nizar Bermati-Matian Pertahan DAP Bukan Komunis

Ketua Pembangkang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini berjaya membuktikan beliau adalah pemimpian PAS yang tunduk kepada DAP apabila bermati-matian mahu persepsi rakyat bahawa DAP itu parti komunis dihentikan.
leader-dap-1m copyADUN Changkat Jering itu juga menyeru supaya rakyat tidak lagi dimomok dengan serangan negatif bahawa parti berasakan kaum Cina itu memperjuangkan agenda politik chauvinis untuk menguasai politik Malaysia.
Malah Nizar turut memperbodohkan diri sendiri dengan dakwaan bahawa rakyat tidak diberi pilihan untuk mengundi parti lain selain UMNO semasa pilihan raya menyebabkan UMNO terus memerintah.
Nizar memilih untuk membuat tuduhan tidak berakal itu ketika membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah daripada membangkitkan isu-isu tempatan dan keperluan rakyat di hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Dalam perbahasannya itu, Nizar juga menegaskan bahawa DAP tidak akan menjadikan Malaysia negara sosialis seperti digembar-gemburkan dan pemimpin DAP tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti itu berkuasa.
Tindakan kurang bijak itu telah mengundang reaksi balas daripada wakil-wakil Dewan Barisan Nasional (BN) yang mempersoalkan rasional disebalik permintaan Nizar mahukan persepsi rakyat bahawa DAP parti komunis dihentikan.
Beliau juga gagal mengemukakan bukti apabila Exco Kanan, Datuk Saarani Mohamad meminta Nizar menunjukkan bukti UMNO bertanggungjawab mewujudkan persepsi bahawa DAP itu parti komunis.
Malah pada satu ketika Nizar dilihat terkelu lidah setelah Saarani bertalu-talu meminta dia membuat pengakuan dalam Dewan supaya PAS berhenti mengkafirkan UMNO sebagai pertukaran kepada usaha menghentikan persepsi DAP itu komunis.
Nizar menjadi bahan ketawa Dewan apabila setelah diasak mengemukan bukti mengaitkan larangan membawa balik abu mayat Chin Peng sebagai bukti menyokong bahawa UMNO telah berjaya melabel DAP komunis.
Nizar juga gagal menyokong kenyataannya bahawa rakyat tidak diberi pilihan mengundi parti selain UMNO dan Barisan Nasional ketika pilihan raya lalu.
"Apakah rakyat tidak ada pilihan apabila BN hanya menang 31 kerusi manakala Pakatan pembangkang menang 28 kerusi? Sekiranya rakyat tidak ada pilihan, sepatutnya semua 59 kerusi jadi milik BN," kata Saarani yang kenyataannya turut disokong ahli Dewan BN.

No comments:

Post a Comment