PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 7 April 2014

Kenaikan Tarif Air Bukti Hipokrasi Kerajaan Pulau Pinang



GEORGETOWN 7 April - Tindakan kerajaan DAP negeri mahu menaikkan tarif air dengan memberi alasan demi menyelamatkan generasi masa depan dilihat sebagai satu bentuk hipokrasi paling tinggi dalam menutup kelemahan yang ada.

Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tidak sepatutnya kerajaan negeri menggunakan alasan tidak munasabah dalam merencanakan kenaikan tarifterbabit.

"Kalau betul itu alasan kerajaan negeri, adalah lebih berbaloi sekiranya subsidi petrol juga dikurangkan bagi menyelamatkan fosil demi generasi akan datang.

"Jadi jangan gunakan itu sebagai alasan kalau sebenarnya sekadar mahu mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri kerana tidak mampu mendapatkan pendapatan melalui kaedah lain," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar dan persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini.

Rabu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar mengumumkan kadar tarif air negeri ini akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang(PBAPP) untuk berbuat demikian.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menambah, rancangan menaikkan tarif air itu juga amat tidak munasabah untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.

"Sebelum ini kalau harga barang naik, kerajaan pusat sering dipersendakan sedangkan punca kenaikan adalah disebabkan fenomena global yang tidak dapat dielakkan.

"Namun apabila menyentuh tarif air ini kenaikannya boleh dibendung tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat?," soalnya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air berkenaan adalah amat tidak wajar dan jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Tindakan kerajaan negeri ini sebenarnya lebih teruk daripada Kerajaan Pusat. Ini kerana dalam usaha untuk menstrukturkan semula subsidi kerajaan, kerajaan Pusat menyalurkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta Bantuan Buku dan Persekolahan demi mengurangkan beban rakyat.

"Tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam mengimbangi kenaikan ini? Malah, masih ada lagi kelompok rakyat seperti golongan petani yang masih tidak terbela," katanya.

No comments:

Post a Comment